skip to main | skip to sidebar
My Photo
Nor Abdullah
Jeddah,, Saudi Arabia
Bismillah hirrahman nirrahim.. Assalamualaikum semua pengunjung. Let me introduced myself. Call me Nor or CikNor. Born on Oct'1985 I am Married. Live in Jeddah. Arab Saudi. I am a Freelance illustrator. This blog is about sharing my artwork and my thought. I did some commission on my artwork too. Please , dear reader ,or anyone ,pleasedo not copy, or re-used my artwork for your own benefit/profit.. If you like to share it. Taffaddol ( u are most welcome) But Do not remove my name and do credit it ( ^^,) Allahu yu'ateqil afiah.. Barakallahufeeq
View my complete profile
get this widget here

HALAMANKU

  • ARTWORK PORTFOLIO
  • MY DOODLE DA'WAH ^_^ LET'S SPREAD DA'WAH
  • HANDS ON PAPER
  • MY FACEBOOK
  • MY FIRST BLOG
  • HOME SWEET HOME
  • TUMBLR

Followers

Tweet Tweet Si Burung Biru

Tweets by @NorAbudy

My Blog List

  • Closet Cooking
    Chicken and Asparagus Stir-fry
    3 days ago
  • Priscilla Burris
    Summer Days Ahead Daydreaming
    3 days ago
  • Saifulislam.Com 2.0
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    2 weeks ago
  • Love From The Oven
    Baja Shrimp Tacos
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Time for a Little Something
    One-Night Stands: No Strings Attached!
    1 year ago
  • Tentang Diya 2.0
    Masih bersiaran
    5 years ago
  • Angel Pakai Gucci
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • ✿Bila Jari Mula Menaip✿
    TERBANG BERSAMA SINGAPORE AIRLINES
    5 years ago
  • littlemisspaintbrush~
    Maymay and Edward :) ♥ More at:...
    7 years ago
  • Keluargaku Sayang
    Bismillah. Selamat Tahun Baru 2018
    7 years ago
  • Kembara Sufi Di Bumi Tuhan
    Dunia Baru (Part 3)
    7 years ago
  • Kak Ain
    SIBUKKANLAH DIRIMU PERBAIKI DIRI DARIPADA SIBUK MELIHAT KEBURUKKAN ORANG LAIN
    8 years ago
  • kartunster
    Diari Suami Isteri 4
    8 years ago
  • yoUnique
    Buku Ibu Ajarku Jawi
    9 years ago
  • Kayotic Kitchen
    La Place Tuna Salad
    9 years ago
  • Recipe By Photo
    How To Peel A Kiwi The Smart Way
    9 years ago
  • Blog Nawawi
    Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata
    10 years ago
  • IlusiDunia
    Design Sticker yang penuh dengan kasih sayang.
    10 years ago
  • * azreenchan *
  • Surat Cinta Rabiah
  • Solihin Zubir
  • !◕ Dysha Sahhir ◕! (Doodle Maker)

Art Gallery

  • ► 2015 (4)
    • ► October (3)
    • ► July (1)
  • ► 2014 (5)
    • ► December (4)
    • ► February (1)
  • ▼ 2013 (21)
    • ▼ December (1)
      • Saya dan Moleskine !
    • ► October (1)
      • SUAMI yang BAIK HATI
    • ► May (1)
      • Men'Doodles' Pakai HP
    • ► April (4)
      • Langkahku atas izin ALLAAH SWT
      • Let's Study Bebeh !!
      • I Love Jumaah Too, Don't you?
      • Dengan Nama Allaah Aku Hidup dan Mati
    • ► March (3)
      • Ciknor DOODLES on MUG !!
      • TEH.. Teh.. ohhh Teh....
      • 5 Sekawan 1 Matlamat
    • ► February (3)
      • FREE-DOODLES ISLAMIC
      • FREEDOLLY-CUTE LOLLYPOP
      • Kerana Mereka....
    • ► January (8)
  • ► 2011 (1)
    • ► December (1)

Cak cak ^___^

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
CikNor Ilustrations

Sunday, December 1, 2013

0
Orang yang baik lagi comel

Saya dan Moleskine !

Little Girl with her " dapdup"

Kucing tu alahaiii kesian.. bawak eye bag sekali ngan bantal hehee

Dooztangle Singkatan utk Doodle + Zentangle hehe>Molek kan. hehe


Bismillahirrahmaan nirraheem

Kat Atas ni adalah hasil dari keterujaan melukis di moleskine
Lama dah nak memiliki moleskine book ni.
Masa kat Malaysia tak nak cari.
hehe. Tak teringat langsung nak beli masa kat Malaysia

Alkisah nya sebab cari-cari kat Jeddah ni macam tak jumpa je..
Nak cakap kat orang Arab tu , dia macam tak tahu pun Moleskine tu apaKedai  buku biasa je masa tu..

Ting!!
Then dapat idea nak tunjuk gambar la lepas ni
Kan... kalau bahasa tak boleh menghubung minda.. Kita kasi gambar kasi dia paham heheh

Ok ..then di takdirkan Allaah saya dapat Jarir BookStore,
Yang ini dekat dengan rumah saya
dalam 10 -15 minit sahaja.
Memang kawasan ni parking selalu penuh.
Sebab Jarir ni bukan hanya BookStore semata-mata.
Dan kawasan ni sangat strategik
Sebelahnya CentrePoint,.memang orang shopping sakan huhuh
tapi kedai buku tetap menjadi
Pojaaaaan hatikuuuu! hehehe


Ini la Jarir Bookstore.Tempat paling best untuk lepak sambil minum kopi hehe
Ehsan dari Gugel merangkap paksedara hehe

Ghupenya si Moleskine .Ehsan dari Paksedara kita Gugel hikhiki
Akhirnya saya dapat jumpa buku yang saya nak tu
Rupanya ia juga dikenali sebagai Notebook..
Pastu kan.. baru teringat.Saya ada Moleskine book sebelum ni
Waaaa
Last time balik Malaysia
Kakak kerja Maybank ada bagi 1 buku ala-ala ini
from Maybank punya gift..
Ada poket kat belakang nya.
cuma jenis kakak saya kasi tu bukan plain.. sebelah muka surat plain.sebelah lagi bergaris
Saya guna buat buku tulis-tulis dan ambik order kat restoren ..  untuk tempahan illustrasi hehe
Haaa kan.. patutla tak jumpa
kemain nak nama Moleskine tertera kat depan tu memang tak akan jumpa la...
Aduh..
Sekian
kisah saya dan Moleskine!


Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 12:51 AM 0 comments
Labels: artwork, Doodle, Jarir, Jeddah, moleskine, sketching, zentangle

Tuesday, October 1, 2013

1
Orang yang baik lagi comel

SUAMI yang BAIK HATI

Bismillahirrahmaan nirraheem

Assalamua'laykum semua ..
Ya Allaah.. fuh fuh fuh..
Apasal banyak beno sarang labah-labah ni..

*sambil lalu buang sarang labah-labah kikki *

Entry kali ni CikNor buat super duper laju
Doodles pun buat laju-laju
Maaflah kalau tak semengah doodles nye..
Kaler pun tidak :D krik krik krik

CikNor da balik kediaman baiti jannati CikNor
Alhamdulillah..
Suami CikNor baik hati buat serprais hehe
Masuk dalam kereta .. Ternampak kat seat ada sejambak bunga T_T
Decoration katanya.. N for NOR
L0ve  u till Jannah Katanya..Aamiin ya rabb ^_^
So para suami dan para isteri sama-sama lah 'menjadikan' diri baik hati kiki
Anak-anak dan para pekerja mahupun majikan juga seharusnya menjadi manusia yang BAIK HATI
Seperti Nabi Muhammad SAW berkata :-



#Orang baik hati di senangi orang ,, atau di Dengki orang? Hhuhuhu...Cepat jawab huhu

sekian dulu..CikNor nak siapkan ilustrasi buku.
InsyaAllaah nanti kita update lagi yaa


Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 2:55 PM 1 comments
Labels: Doodle, My Artwork

Saturday, May 25, 2013

7
Orang yang baik lagi comel

Men'Doodles' Pakai HP

Bismillah hirrahmaan nirraheem

Assalamua'laykum semua
Allaahurabbi..Lamanya tak update blog art ni
CikNor betul-betul dilanda angin busy dan mood untuk menulis kelaut

Oh ya.. Kebetulan hari ni nak buat entri ringkas mengenai applikasi yang terdapat
dalam HP android. ^_^

CikNor nak kongsikan pada semua peminat doodles
Yang mana suka melukis dan suka aktiviti art ni boleh mencuba

Pada yang ada HP android boleh mencuba.
Ciknor gunakan applikasi di Android bernama
'Autodesk SketchBook'

Pergi ke Google Play dan taip seperti yang CikNor tulis
Install dan boleh guna

HP CikNor gunakan adalah Samsung Galaxy S4. (Sebut MasyaAllaah tabarakallah ^_^ ye .. terima kasih kawan2 yang comel)InsyaAllaah..Moga Allaah juga berikan kepada kawan2 rezeki yang sama seperti CikNOr..Aamiin Aamiin Aamiin

Baiklah..Kebetulan CikNor TAK SUKA main games.So CikNor cuba cari aplikasi untuk melukis.Kikiki
Pusing sana sini jumpa seperti yang CikNor cakap tadi..SketchBook..
Kalau kawan2 comel pakai Samsung Galaxy Note.. ada pen..So better la kot ^_^
Memang ada satu pen ni namanya C-Pen.. ghupenya mcm ni..
CikNor baru tahu ada menda ni ..katanya ini aksesori untuk Samsung Galaxy S3 tapi buleh guna juga untuk Samsung Galaxy S4.. InsyaAllaah CikNor nak tengok harganya berapa.. Then ada rezeki boleh beli..So nanti kita cuba lukis pakai pen ini di HP pula okey :)

*Nak kaler putih tu.. Sama kaler HP CikNor heheheh*



ini adalah hasilnya..bila gunakan jari.
Percubaan Melukis.Comot tapi harap mesejnya sampai

Baiklah sampai ketemu lagi di lain entri..
Tak sabar nak tanya encik suami.. Kalau dapat pen tu di sini..
Boleh la beli dan gunakan ..

Sekian.
Azan Mahgrib sudah berkumandang.
CikNOr minta izin tutup entri dengan lafaz
Wabillahi taufiq wal hidayah..wassalamua'laykum wa rahmatullahi wa barokatuh







Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 7:03 PM 7 comments
Labels: C-Pen, doodles, ilustration, My Artwork, Nor Abdullah, Samsung Galaxy S4

Friday, April 26, 2013

6
Orang yang baik lagi comel

Langkahku atas izin ALLAAH SWT

Bismillah hirrahmaan nirraheem
Alhamdulillah..Syukur pada Allaah.. itu lah yang Nor mampu lafazkan..

Hari ini CikNor berasa amat terharu.. Penat lelah CikNor untuk memajukan diri dalam bidang yang CikNor minati akhirnya sedikit demi sedikit bertapak langkah demi langkah..


Untuk Lihat dengan lebih JELAS.KLIK pada gambar

Menelusuri kisah CikNor mula men'doodles' pada tahun 2011. Akhir bulan November seingat CikNor..Semuanya bermula dengan Doodles Dakwah yang Nor kongsikan :)
Dan Alhamdulillah hari ni CikNor sudah publish kan 2 lagi produk terbaru CikNor..InsyaAllah Hari Isnin CikNor akan update harga tersebut :)

Setiap hari CikNor belajar untuk menaik taraf doodles .Hihi .. ye ye je bahasa menaik taraf hehe.. kita upgrade la sikit kan.. Kalau kita selalu buat latihan dan lihat tutorial orang lain buat ..latih sikit-sikit.. InsyaALLAAH.. Jujurnya CikNor memang tak pandai buat tutorial.CikNor tak ada masa sebab masa yang CikNor ada betul2 untuk rumahtangga , tempahan dan juga kelas ugama yang CikNor hadiri..
CikNor juga belajar dari tutorial yang ada di laman youtube dan sejujurnya CikNor usaha sendiri cuba try and error hehe

Niat utama CikNor untuk bidang ini adalah memberi ruang orang Islam supaya di beri pilihan yang lebih islamik dan menepati syariat. InsyaALLAAH.. CikNor tidak menerima tempahan atau melukis kartun / ilustrasi / doodles yang mendedahkan aurat..memaparkan bentuk tubuh atau yang seangkatan dengan syarat melukis :)

CikNor suka berniaga.. Dari kecil CikNOr sudah di didik berniaga.. Masa kecil meniaga sandwich dan nasi lemak dan kekacang..bawak masuk dalam beg sekolah. Meniaga dalam kelas hehe :D Cikgu sampai order setiap hari. Habis kena sound dngan makcik kantin hehehe.Bangun seawal pagi bantu mak CikNor bungkus nasi dan buat sandwich..Mak...Saya sayang mak.. Rindu mak..sobss sobbs  iklan jap .iklan rindu

Malah sewaktu bekerja sebagai pramugari pun ,CikNor meniaga topup .kaann!! haaa .. see Sebenarnya CikNor pun tak perasan tapi bila renung balik kehidupan .Memang tak lepas hidup CikNOr dengan meniaga ni..:)

Alhamdulillah.. CikNor buat kerana Ciknor suka.Dengan hasil yang sikit dapat juga CikNor bantu kawan-kawan dan orang lain :) Sebab itu kita hidup ini ..Tak perlu tunggu kita kaya dan penuh poket dengan wang bru membantu..Dan INGAT.. setiap rezeki Allaah beri pada kita ..ada HAK orang lain sama.
Dengan itu semua langkahku ini atas IZIN ALLAAH.. :') Syukran Allaah..

Semua produk CikNor ini boleh di dapati di Malaysia :)
Dapatkan nye sekarang ! hehee

Ilal lIqaaq
Jumpa lagi
Daaa ..Ma'asalamah

Nor,
Jeddah,
4.25Pm
26/4/2013





Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 4:25 PM 6 comments
Labels: CikNor's Product, Doodles on Mug, Doodles on puzzle, Doodles on Tile, Doodles on Waterflask, Hargai, Nor Abdullah, Product

Sunday, April 14, 2013

2
Orang yang baik lagi comel

Let's Study Bebeh !!


Bismillah hirrahmaan nirraheem
Alhamdulillah .Syukur sangat-sangat apa yang Ciknor rancang sikit sikit berjaya Ciknor buat ^_^

Ciknor pun nak buat latihan sikit..Esok ada kelas ^_^. Ciknor pun masih pelajar okey # lap peluh# huhuh

Bila klik jadi BESAR ^_^ Tak caya cuba la hehe
Mari kita baca doa untuk ilmu yang bermanfaat ^_^
Baik semua.. #Tadah tangan# baca basmallah ye ^_^

اَ للَّهُمَّ اِنِّى أَسأَ لُكَ عِلْماً نَافِعاً وَرِزْقاً طَيِّباً وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Alloohumma inni as-'aluka 'ilman naafia'an,wa rizqon thoyyiban wa 'amalan mutaqobbalan.

Haa.. da baca mesti kena tahu makna.. baru la rasa best dan lebih yakin gitu kan hehe

Makna nya :-

Ya  Allaah,  aku memohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amal yang diterima.
(HR Ibnu Majah)

SEBAIK BAIK ILMU adalah ILMU yang BerMANFAAT.
Ilmu akhirat dan ilmu agama adalah sebaik baik ilmu..
Ilmu melukis ada.. tapi tak pakai untuk tujuan dakwah.. untuk tujuan bermanfaat itu namanya SIA SIA.
Malah boleh menjadi TIKET DOSA. Ingat.. semua wahai pembaca yang comel semua..
Hidup kita biar BERSYAR'IAT.. Kita bukan seperti kuffar bebas hidup .Begitu juga dalam melukis.. kita ada batas-batas kena jaga. ^___^

Matilah pasni kena fire, kena ban la Ciknor ni . 

Ilmu yang bermanfaat seharusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dan ilmu yang bermanfaat itu juga seharusnya dapat memperbaiki akhlak kita.

Oleh itu, kita sepatutnya menggunakan ilmu yang kita pelajari dalam membentuk kita menjadi seorang Muslim yang sejati.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Ilmu itu ada dua jenis, ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat, dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam". (Riwayat Ibnu Syaibah dan Al Khatib)

Ciknor perlu cakap sebab ia tanggungjawab Ciknor ya :)
Akhirat Allaah soal Ciknor sebab tahu tapi buat dono  tak tahu je.. Pastu Allaah tayang screen.. Haaa hambekk huhuhuh.


Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperbetulkan niat kita dalam perjuangan menuntut ilmu agar ilmu yang ditimba bermanfaat untuk diri kita dalam mencari redha Ilahi


Kita pandai pun atas IZIN ALLAAH
Moga ALLAAH membuka hati hati kalian juga Ciknor untuk TSABAT ( teguh) dalam
membawa kebenaran. :)

Ciknor,
Jeddah,
14/4/2013
9.05 Malam



Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 9:06 PM 2 comments
Labels: Doa Menuntut Ilmu, Doodles on Mug, Hakcipta, hukum, Ilustrasion, My Artwork, Nor Abdullah, Study, syari'at

Friday, April 12, 2013

1
Orang yang baik lagi comel

I Love Jumaah Too, Don't you?

Bismillah hirrahmaan nirraheem
Alhamdulillah.. Jumaat yang barakah muncul lagi..
Ciknor amat suka hari Jumaat.
Jumaat adalah penghulu segala hari.
Hari yang juga memperingatkan akan berlakunya kiamat

Ciknor juga selalu diingatkan oleh encik suami supaya lebihkan berdoa pada hari Jumaat .Bermula malam khamis sehinggalah menjelang tiba waktu maghrib
Pada hari Jumaat doa lebih mustajab..

Oh ya.jangan lupa Sahabat blog Ciknor yang comel lagi manis seperti gula gula kapas.. Jangan lupa membaca surah Al-Kahf.Bagi kaum Adam.. jangan nak buat-buat sakit teruk .ponteng dari solat Jumaat ye.. Ta macho langsung tak solat Jumaat.. T__T.

Nah..ssebelum terlupa kan.. Ciknor nak kongsi la artwork yang Ciknor buat sementara nak siapkan kerja yang tebengakalai akibat taufan "M" yang mendatang membadai perkarangan rumah  eh!..hehee

Buat pencinta kucing yang comel
Ya... 'I Love Cats and I love Jumaah day too' ♥ ♥ ♥


Membesar  gambar dengan klik itu gamabr ^_^

Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 9:17 AM 1 comments
Labels: Allaah, Cute, Friday, Hakcipta, Ilustrasion, Jumaat, kucing, Nor Abdullah, Solat Jumaat

Wednesday, April 10, 2013

0
Orang yang baik lagi comel

Dengan Nama Allaah Aku Hidup dan Mati


Bismillah hirrahmaan nirraheem
Selamat Malam semua
^_^)

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Selamat Malam.
Jeddah.
1.35 pagi

Ni cover  Fb Ciknor- Personal bukan PAGE ^_^

Ini cover FB PAGE Ciknor ^_^ lama tak bertuko hehe

Temphan CikPuan Nur Syakirah Azmi ^_^
Sekian la Ciknor kongsikan artwork kali ni :) Nak tidor. Subuh nanti kita bangun ya :)InsyaAllaah. Maaf salah silap Ciknor ya. Assalamua'alaykum
Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 1:37 AM 0 comments
Labels: Allaah, Doa tidur, Doodle, Hakcipta, Ilustrasion, Nor Abdullah

Monday, March 25, 2013

3
Orang yang baik lagi comel

Ciknor DOODLES on MUG !!

Antara Design yang telah siap.Klik untuk lebih jelas.
Bismillah hirrahmaan nirraheem
Syukur Alhamdulillah..
Dapat juga siapkan kerja yang terbengkalai di lappy ni hehe

Dapat juga curi masa nak menaip di sini.
Alhamdulillah. atas nikmat kesihatan dan semua nikmat yang Allaah beri pada Ciknor dan semua
pengunjung belog Ciknor.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Kali ni entry Ciknor terang jelas heheh
Ciknor baru siapkan 2 design untuk Doodles on Mug
Sudah di hantar pada printing servis.InsyaAllaah akan di maklum jika sudah siap. boleh melihat contoh yang ada. Kot ada yang berminat kan..
Seperti biasa .Sebahagian hasil jualan dan tempahan ni Ciknor akan salurkan pada yang memerlukan.Tak kiralah Gaza, Syria,Rohingya,orang susah atau sesiapa yang memerlukan bantuan :)

Kita tak pelru tunggu KAYA untuk membantu.. Bantu setara yang mampu.Dengan kudrat yang ada. Cara bagaimana itu kalian boleh pilih :)

Okeylah Ciknor tak mau la ceramah  panjang lebar..:D kang ada yang bunyi..hehe
Nah  Ciknor kongsikan  Artwork Ciknor .. Ciknor suka buat doodles kanak-kanak dan tak lupa doodles islamik MUSLIMAH. Coming Soon Ciknor buat untuk KAUM Adam pula yeh

Adik comel dan cute jika soleh dan solehah. Gitu la kan.. hehehe

Muslimah itu menutup aurat


Pada yang berminat nak tempah. Inbox Ciknor di Fb atau boleh ka kabo kan ke sini :)
Ini link FB ciknor .kot sapa-sapa tak tahu lagi.. Nak tahu detail lebih lanjut  terjah sini ye comel-comel sekalian  ALBUM FB PAGE DOODLE
Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 2:39 PM 3 comments
Labels: Doodle, Doodles on Mug, Hakcipta, Ilustrasion, Mug, Nor Abdullah

Thursday, March 21, 2013

5
Orang yang baik lagi comel

TEH.. Teh.. ohhh Teh....

Bismillah hirrahmaan nirraheem

Apa khabar semua kawan-kawan dan pengunjung belog ciknor .InsyaALLAAH dalam perlindungan Allaah hendaknya..

Siapa suka minum teh? Angkat jari kaki hehehe ^_^ Angkat tangan hehe :D
Ciknor suka sangat minum teh. Sehari 3 kali ciknor minum. .Pagi, petang (tea time) dalam malam .(sambil makan sekut  biskut /cookies raya yang tak habes kikiki

Kali ni ciknor nak share pasal EARL GREY TEA.. Ciknor suka teh ni selain GREEN TEA atau TEA with SAGE or PUDDINA :) Teh ada macam-macam perasa sekarang ni. Tinggal nak beli atau tak aje hehehe

Baiklah Earl grey tea ni yang da di rumah ciknor dicampur  BERGAMOT..
Haaa. tula bunyi macam seram sedap je kan. hehe
Rupanya bergamot tu adalah ORANGE BERGAMOT.. ni la Cikpuan Bergamot tu ^_^
Rasanya sedap ^_^  *kalau tak suka teh mesti kata sedap* kikiki

Khasiat teh ni antaranya adalah antioksidan dan kandungan polifenol boleh menghindarkan kita dari menerima kanser ,selain itu juga teh amat berkesan untuk menurunakan berat badan.. Nah minum GREEN TEA hehe.InsyaALLAAH..

Lakaran orang malas nak buat cecntik sebab nak siapkan kerja lain hehehehe
Klik utk menjadikan beliau besar ^_^
Baiklah.. insyaAllaah bila Ciknor free Ciknor update lagi entry dan freebies/freedoodles. InsyaALLAAH.
Moga ALLAAH mudahkan kerja ciknor :) dan semua pembaca budiman yang masuk dan jengah belog Ciknor :)

FUN FACT about EARL GREY TEA :-
Did you know that
Earl Grey
tea is flavored with bergamot, derived from bergamot oranges? Legend has it that the Earl Charles Grey was shipping black tea and bergamot oranges in the same cargo--the black tea absorbed the flavor of the oranges, and the Earl Grey tea we all know and love was born



Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 5:17 PM 5 comments
Labels: bergamot, doodles, earl grey tea, ilustration, tea time

Tuesday, March 12, 2013

4
Orang yang baik lagi comel

5 Sekawan 1 Matlamat

KLIK untuk TUMBESARAN yang SIHAT
Abaikan kesilapan ejaan TWITTER kikiki

Bismillah.
Alhamdulillah..

Assalamua'alaikum semua... Haihhhhh lama tak update blog art ni.. Blog satu lagi pun da masuk cencorot gamaknya.. huhu..Ciknor berehat hampir 1 minggu lebih lantaran,. tetamu tak di undang tu si ... ala.. si M tu.. si MALAS  hehee.Kemudian dapat  pulak pakej.. Batuk dan selsema.. sakit badan dan sebagainya.. Alahaaaiiii da tua pulak rasanya kikiki..

Ini adalah enty menjawab ENTRY adik manis cute yang super duper kreatif... tadaaaa ni ha enty belog comel beliau.. entry Dysha Sahhir yang sangat la cute seperti mashmallow kikiki..

Haa.seperti tajuk entry tu dan juga doodles yang kelihatan senget di situ heheh.. Ciknor aktif dalam 5 laman ni.. Setiap satu ada keistimewaannya.. .Dengan satu tujuan.. DAKWAH. InsyaAllaah..

INSTAGRAM ini di wujudkan oleh 2 jejaka  iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger.Nak tengok muka yang  berjaya buat nama ni  klik sini ^_^

Yang FB , Twitter dan Blog adik dysha da terang kan. Mekasih Adik comel ^^,)
Ciknor terangkan  si TUMBLR pula.. hehe .. Ia di wujudkan oleh David Karp . Klik sini untuk lihat wajah beliau ^_^

Ciknor mula berFB masa tiba di Arab Saudi. Haihh tua dah masa tu.. thn 2009..Rasanya 22.10.2009 lagi 3 hari ulang tahunku hehe.. Berapa ye umur masa tu.. Korang kira sendiri heheh :D

Al kisahnya.. BLOG adalah merupakan laman terawal Ciknor ada.. Tahun 2007. Masa bekerja di Malaysia.Oil & Gas company di Selangor.. Mak aih.. kalau ikut carta graph turun naik.. dulu sebelum ada semua FB,Twitter,Tumblr,dan Instagram.. Blog la tempat 'lepak' huhu..

Dulu pernah la masuk KampungChat. ^^,) Sekejap je.. tak lama. Kakak ciknor bertemu jodoh di kampungchat. hihihi.Al kisahnya kan :) Alhamdulillah.. Ciknor tak jumpa jodoh di laman social ye hehe :)

Okeyla.. Ciknor da rasa lapar nak breakfast ni. ^^,)
Apapun Ciknor nak pesan pada diri ciknor dan yang pembaca comel-comel entry ciknor di sini.
Apa pun ingat.. Laman social ada batas-batasnya. Agama itu landasan kita :)
Gunakan untuk manfaat umaah. Nanti Allaah persoalkan.. nak jawab hape?
Nak tweet tweet tak boleh da.. nak update status di FB..dalam kubur? nak upload foto seksa dalam kubur kat instagram.? nak ber'tumblr' dalam kubur? Haa last sekali.. ni di blog ni. Allaah tanya.. kamu TULIS apa?

Sekian :)
Hidup biar BERERTI.Hidup biar BERMANFAAT.
Ma'asalamah.
Ilal Liqaq


Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 9:06 AM 4 comments
Labels: Doodle, Hakcipta, Ilustrasion, Laman Sosial

Wednesday, February 27, 2013

11
Orang yang baik lagi comel

FREE-DOODLES ISLAMIC

Bismillah hirrahmaan nirraheem Apa khabar semua pengunjung belog Ciknor. ^^,) Sihat ke? Dah makan?Sini sudah jam 7.39 mlm. Ciknor malam ni ke rumah mertua, makan malam di sana. Kata suami Ciknor ,Mama masak special. Kambing.. Yum yum..

Baiklah. Taip entry laju-laju sebelum encik suami sampai. hehe. Ciknor nak kasi Free Doodles pada semua yang comel-comel di luar sana.. Tak comel pun boleh .kikii Okey..

Since Ciknor seorang niqabi.. Ciknor buat doodles muslimah with niqab. Ciknor juga berkaca mata.. kadang-kadang wear contact lense . So Ciknor buat dalam dua version :) Begitu juga Ciknor ada buat Doodles lelaki Muslim :) Suka ambil la :) dan seperti biasa jangan gunakan /crop/ untuk tujuan jualan dan juga gunakan untuk buat freebies/ freedoodles pada orang lain ^^.) Abaikan Bahasa yang tunggang langgang itu ^^,)
Selamat mendownload ^^,) Ciknor harap semua yang menggunakan free doodles /Freebies ni boleh link kan belog Ciknor or FB PAGE cik Nor :-Ciknor Ilustration & Doodles

Click serentak CTRL dan moue pada gamabr untuk mendapatkan free doodles ini :)







Terima kasih semua.
Syukran atas semua pelanggan dan semua rakan belogger :)
Moga Allaah berkati semua amalan kita :)
Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 7:53 PM 11 comments
Labels: Doodle, Freebies, Freedolly, Hakcipta, Ilustrasion, My Artwork, Nor Abdullah

Saturday, February 23, 2013

13
Orang yang baik lagi comel

FREEDOLLY-CUTE LOLLYPOP

Bismillah hirrahmaan nirraheem
Ini adalah buat julung kali nya Ciknor buat FreeDolly/Freebies. Ciknor harap tidak terlewat untuk Ciknor buat freebies/freedolly ni. Ciknor tak ada idea nak buat freebies /freedolly apa..

So end up with lollypop ^-^ Ciknor teringat sedapnya ,manisnya Lollypop besar bewarna warni tu.. Ciknor pernah belikan untuk anak sedara Ciknor di Malaysia

So.. terimalah.. FREEDOLLY LOLLYPOP MUSLIMAH ^^,) Manis menutup aurat. Bertudung gitu kan :) Ada 7 jenis warna yang berlainan kesemuanya..^^,)  Anda yang comel-comel yang nak pakai /ambil/buat tambahan aksesori di blog/ Fb / mana-mana . Tafaddol.. silakan.. Cuma anda yang comel-comel ini..JANGAN /DON'T buat dan ambil ini then claimed as yours  freebies/freedolly  sudah or ..Okey comel-comel sekalian ^^,) Bagus..

Okey.. nanti kalau Ciknor ada masa.. Ciknor buat lagi ya
Cara nak save pic ni. TEKAN  CTRL  dan CLICK pada gambar serentak ;)
Then kalau tak dapat juga.. Sila ke FB PAGE CIKNOR ..Ciknor Ilustration & Doodles












Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 4:42 AM 13 comments
Labels: Doodle, Freebies, Freedolly, Hakcipta, My Artwork, Nor Abdullah

Friday, February 22, 2013

0
Orang yang baik lagi comel

Kerana Mereka....

Bismillah hirrahmaan nirraheem.

Firstly nak ucapkan BESAR -besar dan BANYAK-banya TERIMA KASIH pada semua yang datang jenguk belog Ciknor.  ^_^.. Sankyu sebab masih datang ke belog Ciknor walaupun tak ada entry yang best dan lama juga tidak update artwork.. T__T

Wallahi , Super duper busy. Ciknor sibuk selesaikan tempahan customers yang OHSEM..
Ya.. Anda semua pelanggan yang OHSEM.. Ciknor hargai semuanya.. Syukran sangat-sangat.
Mempercayai dan menghargai dan ada menjadikan hasil tangan Ciknor a part of their special days.  ^_^.
Tak kurang juga untuk tujuan perniagaan..Ciknor suka bila orang lain suka .Melihat kegembiraan mereka ,Rasa lapang hati :)

Ciknor percaya masih lagi ramai orang yang berbakat dan punya daya kreativiti yang berkusasa tinggi. eh.. MasyaAllaah tabarakallah. Semua berlaku atas izin Allaah..

Alhamdulillaah..Sepanjang Ciknor bekerja dalam bidang ini. Hanya 2 orang sahaja pelanggan Ciknor yang membuat " hal". Ada suruh buat itu ini.. namun bila sudah siap dan berulang kali di ubah suai.. diam tiba-tiba. mesej tidak berbalas. Ada juga yang sudah berjanji dari hari ke sehari.. akhirnya sehinga berbulan-bulan dan akhirnya lenyap .Teettttt.. tidak dapat di kesan hehehe :)
Allaah. Masa tu Ciknor rasa sedih,marah. Penat kot nak cari ilham buat sesuatu design.Tak mengapa..Ciknor faham inikan dugaan dalam bidang sebegini.:) Darinya Ciknor belajar.. :) Syukran buat "mereka" yang memberi Ciknor jalan melangkah lebih jauh :)

Okey let me share some of the commisioned artworks that I've done lately..and some comments from them>
KLIK Gambar untuk pembesaran  ^^,)



















Kerana mereka semua inilah, Ciknor belajar memperbaiki diri dalam bidang yang Ciknor suka ini, Ya. seperti Ungkapan kata Ustaz Hasrizal "ERTI HIDUP PADA MEMBERI" Selagi Ciknor mampu,Ciknor mahu memberikan yang terbaik dalam kerjaya..

Wassalam.
Ma'asalamah
Ilal liqaq
Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 1:09 AM 0 comments
Labels: Doodle, Hakcipta, Hargai, Ilustrasion, My Artwork, Thank You
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Nor Abdullah