skip to main | skip to sidebar
My Photo
Nor Abdullah
Jeddah,, Saudi Arabia
Bismillah hirrahman nirrahim.. Assalamualaikum semua pengunjung. Let me introduced myself. Call me Nor or CikNor. Born on Oct'1985 I am Married. Live in Jeddah. Arab Saudi. I am a Freelance illustrator. This blog is about sharing my artwork and my thought. I did some commission on my artwork too. Please , dear reader ,or anyone ,pleasedo not copy, or re-used my artwork for your own benefit/profit.. If you like to share it. Taffaddol ( u are most welcome) But Do not remove my name and do credit it ( ^^,) Allahu yu'ateqil afiah.. Barakallahufeeq
View my complete profile
get this widget here

HALAMANKU

  • ARTWORK PORTFOLIO
  • MY DOODLE DA'WAH ^_^ LET'S SPREAD DA'WAH
  • HANDS ON PAPER
  • MY FACEBOOK
  • MY FIRST BLOG
  • HOME SWEET HOME
  • TUMBLR

Followers

Tweet Tweet Si Burung Biru

Tweets by @NorAbudy

My Blog List

  • Saifulislam.Com 2.0
    Muslim: Antara Islam Allah dan Islam Kita
    8 hours ago
  • Closet Cooking
    Chicken Caesar Pasta
    2 days ago
  • Love From The Oven
    Chicken Skewers
    6 days ago
  • Priscilla Burris
    Summer Days Ahead Daydreaming
    9 months ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Time for a Little Something
    One-Night Stands: No Strings Attached!
    2 years ago
  • Tentang Diya 2.0
    Masih bersiaran
    5 years ago
  • Angel Pakai Gucci
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    6 years ago
  • ✿Bila Jari Mula Menaip✿
    TERBANG BERSAMA SINGAPORE AIRLINES
    6 years ago
  • littlemisspaintbrush~
    Maymay and Edward :) ♥ More at:...
    7 years ago
  • Keluargaku Sayang
    Bismillah. Selamat Tahun Baru 2018
    8 years ago
  • Kembara Sufi Di Bumi Tuhan
    Dunia Baru (Part 3)
    8 years ago
  • Kak Ain
    SIBUKKANLAH DIRIMU PERBAIKI DIRI DARIPADA SIBUK MELIHAT KEBURUKKAN ORANG LAIN
    9 years ago
  • kartunster
    Diari Suami Isteri 4
    9 years ago
  • yoUnique
    Buku Ibu Ajarku Jawi
    9 years ago
  • Kayotic Kitchen
    La Place Tuna Salad
    10 years ago
  • Recipe By Photo
    How To Peel A Kiwi The Smart Way
    10 years ago
  • Blog Nawawi
    Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata
    11 years ago
  • IlusiDunia
    Design Sticker yang penuh dengan kasih sayang.
    11 years ago
  • * azreenchan *
  • Surat Cinta Rabiah
  • Solihin Zubir
  • !◕ Dysha Sahhir ◕! (Doodle Maker)

Art Gallery

  • ▼ 2015 (4)
    • ▼ October (3)
      • Welcome, 30 !
      • JADILAH YANG BAIK
      • ANAK SOLEH - GO TO SOLAH POSTER
    • ► July (1)
  • ► 2014 (5)
    • ► December (4)
    • ► February (1)
  • ► 2013 (21)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► May (1)
    • ► April (4)
    • ► March (3)
    • ► February (3)
    • ► January (8)
  • ► 2011 (1)
    • ► December (1)

Cak cak ^___^

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
CikNor Ilustrations
Showing posts with label Nor Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Nor Abdullah. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

7
Orang yang baik lagi comel

Men'Doodles' Pakai HP

Bismillah hirrahmaan nirraheem

Assalamua'laykum semua
Allaahurabbi..Lamanya tak update blog art ni
CikNor betul-betul dilanda angin busy dan mood untuk menulis kelaut

Oh ya.. Kebetulan hari ni nak buat entri ringkas mengenai applikasi yang terdapat
dalam HP android. ^_^

CikNor nak kongsikan pada semua peminat doodles
Yang mana suka melukis dan suka aktiviti art ni boleh mencuba

Pada yang ada HP android boleh mencuba.
Ciknor gunakan applikasi di Android bernama
'Autodesk SketchBook'

Pergi ke Google Play dan taip seperti yang CikNor tulis
Install dan boleh guna

HP CikNor gunakan adalah Samsung Galaxy S4. (Sebut MasyaAllaah tabarakallah ^_^ ye .. terima kasih kawan2 yang comel)InsyaAllaah..Moga Allaah juga berikan kepada kawan2 rezeki yang sama seperti CikNOr..Aamiin Aamiin Aamiin

Baiklah..Kebetulan CikNor TAK SUKA main games.So CikNor cuba cari aplikasi untuk melukis.Kikiki
Pusing sana sini jumpa seperti yang CikNor cakap tadi..SketchBook..
Kalau kawan2 comel pakai Samsung Galaxy Note.. ada pen..So better la kot ^_^
Memang ada satu pen ni namanya C-Pen.. ghupenya mcm ni..
CikNor baru tahu ada menda ni ..katanya ini aksesori untuk Samsung Galaxy S3 tapi buleh guna juga untuk Samsung Galaxy S4.. InsyaAllaah CikNor nak tengok harganya berapa.. Then ada rezeki boleh beli..So nanti kita cuba lukis pakai pen ini di HP pula okey :)

*Nak kaler putih tu.. Sama kaler HP CikNor heheheh*



ini adalah hasilnya..bila gunakan jari.
Percubaan Melukis.Comot tapi harap mesejnya sampai

Baiklah sampai ketemu lagi di lain entri..
Tak sabar nak tanya encik suami.. Kalau dapat pen tu di sini..
Boleh la beli dan gunakan ..

Sekian.
Azan Mahgrib sudah berkumandang.
CikNOr minta izin tutup entri dengan lafaz
Wabillahi taufiq wal hidayah..wassalamua'laykum wa rahmatullahi wa barokatuh







Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 7:03 PM 7 comments
Labels: C-Pen, doodles, ilustration, My Artwork, Nor Abdullah, Samsung Galaxy S4

Friday, April 26, 2013

6
Orang yang baik lagi comel

Langkahku atas izin ALLAAH SWT

Bismillah hirrahmaan nirraheem
Alhamdulillah..Syukur pada Allaah.. itu lah yang Nor mampu lafazkan..

Hari ini CikNor berasa amat terharu.. Penat lelah CikNor untuk memajukan diri dalam bidang yang CikNor minati akhirnya sedikit demi sedikit bertapak langkah demi langkah..


Untuk Lihat dengan lebih JELAS.KLIK pada gambar

Menelusuri kisah CikNor mula men'doodles' pada tahun 2011. Akhir bulan November seingat CikNor..Semuanya bermula dengan Doodles Dakwah yang Nor kongsikan :)
Dan Alhamdulillah hari ni CikNor sudah publish kan 2 lagi produk terbaru CikNor..InsyaAllah Hari Isnin CikNor akan update harga tersebut :)

Setiap hari CikNor belajar untuk menaik taraf doodles .Hihi .. ye ye je bahasa menaik taraf hehe.. kita upgrade la sikit kan.. Kalau kita selalu buat latihan dan lihat tutorial orang lain buat ..latih sikit-sikit.. InsyaALLAAH.. Jujurnya CikNor memang tak pandai buat tutorial.CikNor tak ada masa sebab masa yang CikNor ada betul2 untuk rumahtangga , tempahan dan juga kelas ugama yang CikNor hadiri..
CikNor juga belajar dari tutorial yang ada di laman youtube dan sejujurnya CikNor usaha sendiri cuba try and error hehe

Niat utama CikNor untuk bidang ini adalah memberi ruang orang Islam supaya di beri pilihan yang lebih islamik dan menepati syariat. InsyaALLAAH.. CikNor tidak menerima tempahan atau melukis kartun / ilustrasi / doodles yang mendedahkan aurat..memaparkan bentuk tubuh atau yang seangkatan dengan syarat melukis :)

CikNor suka berniaga.. Dari kecil CikNOr sudah di didik berniaga.. Masa kecil meniaga sandwich dan nasi lemak dan kekacang..bawak masuk dalam beg sekolah. Meniaga dalam kelas hehe :D Cikgu sampai order setiap hari. Habis kena sound dngan makcik kantin hehehe.Bangun seawal pagi bantu mak CikNor bungkus nasi dan buat sandwich..Mak...Saya sayang mak.. Rindu mak..sobss sobbs  iklan jap .iklan rindu

Malah sewaktu bekerja sebagai pramugari pun ,CikNor meniaga topup .kaann!! haaa .. see Sebenarnya CikNor pun tak perasan tapi bila renung balik kehidupan .Memang tak lepas hidup CikNOr dengan meniaga ni..:)

Alhamdulillah.. CikNor buat kerana Ciknor suka.Dengan hasil yang sikit dapat juga CikNor bantu kawan-kawan dan orang lain :) Sebab itu kita hidup ini ..Tak perlu tunggu kita kaya dan penuh poket dengan wang bru membantu..Dan INGAT.. setiap rezeki Allaah beri pada kita ..ada HAK orang lain sama.
Dengan itu semua langkahku ini atas IZIN ALLAAH.. :') Syukran Allaah..

Semua produk CikNor ini boleh di dapati di Malaysia :)
Dapatkan nye sekarang ! hehee

Ilal lIqaaq
Jumpa lagi
Daaa ..Ma'asalamah

Nor,
Jeddah,
4.25Pm
26/4/2013





Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 4:25 PM 6 comments
Labels: CikNor's Product, Doodles on Mug, Doodles on puzzle, Doodles on Tile, Doodles on Waterflask, Hargai, Nor Abdullah, Product

Sunday, April 14, 2013

2
Orang yang baik lagi comel

Let's Study Bebeh !!


Bismillah hirrahmaan nirraheem
Alhamdulillah .Syukur sangat-sangat apa yang Ciknor rancang sikit sikit berjaya Ciknor buat ^_^

Ciknor pun nak buat latihan sikit..Esok ada kelas ^_^. Ciknor pun masih pelajar okey # lap peluh# huhuh

Bila klik jadi BESAR ^_^ Tak caya cuba la hehe
Mari kita baca doa untuk ilmu yang bermanfaat ^_^
Baik semua.. #Tadah tangan# baca basmallah ye ^_^

اَ للَّهُمَّ اِنِّى أَسأَ لُكَ عِلْماً نَافِعاً وَرِزْقاً طَيِّباً وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Alloohumma inni as-'aluka 'ilman naafia'an,wa rizqon thoyyiban wa 'amalan mutaqobbalan.

Haa.. da baca mesti kena tahu makna.. baru la rasa best dan lebih yakin gitu kan hehe

Makna nya :-

Ya  Allaah,  aku memohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amal yang diterima.
(HR Ibnu Majah)

SEBAIK BAIK ILMU adalah ILMU yang BerMANFAAT.
Ilmu akhirat dan ilmu agama adalah sebaik baik ilmu..
Ilmu melukis ada.. tapi tak pakai untuk tujuan dakwah.. untuk tujuan bermanfaat itu namanya SIA SIA.
Malah boleh menjadi TIKET DOSA. Ingat.. semua wahai pembaca yang comel semua..
Hidup kita biar BERSYAR'IAT.. Kita bukan seperti kuffar bebas hidup .Begitu juga dalam melukis.. kita ada batas-batas kena jaga. ^___^

Matilah pasni kena fire, kena ban la Ciknor ni . 

Ilmu yang bermanfaat seharusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dan ilmu yang bermanfaat itu juga seharusnya dapat memperbaiki akhlak kita.

Oleh itu, kita sepatutnya menggunakan ilmu yang kita pelajari dalam membentuk kita menjadi seorang Muslim yang sejati.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Ilmu itu ada dua jenis, ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat, dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam". (Riwayat Ibnu Syaibah dan Al Khatib)

Ciknor perlu cakap sebab ia tanggungjawab Ciknor ya :)
Akhirat Allaah soal Ciknor sebab tahu tapi buat dono  tak tahu je.. Pastu Allaah tayang screen.. Haaa hambekk huhuhuh.


Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperbetulkan niat kita dalam perjuangan menuntut ilmu agar ilmu yang ditimba bermanfaat untuk diri kita dalam mencari redha Ilahi


Kita pandai pun atas IZIN ALLAAH
Moga ALLAAH membuka hati hati kalian juga Ciknor untuk TSABAT ( teguh) dalam
membawa kebenaran. :)

Ciknor,
Jeddah,
14/4/2013
9.05 Malam



Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 9:06 PM 2 comments
Labels: Doa Menuntut Ilmu, Doodles on Mug, Hakcipta, hukum, Ilustrasion, My Artwork, Nor Abdullah, Study, syari'at

Friday, April 12, 2013

1
Orang yang baik lagi comel

I Love Jumaah Too, Don't you?

Bismillah hirrahmaan nirraheem
Alhamdulillah.. Jumaat yang barakah muncul lagi..
Ciknor amat suka hari Jumaat.
Jumaat adalah penghulu segala hari.
Hari yang juga memperingatkan akan berlakunya kiamat

Ciknor juga selalu diingatkan oleh encik suami supaya lebihkan berdoa pada hari Jumaat .Bermula malam khamis sehinggalah menjelang tiba waktu maghrib
Pada hari Jumaat doa lebih mustajab..

Oh ya.jangan lupa Sahabat blog Ciknor yang comel lagi manis seperti gula gula kapas.. Jangan lupa membaca surah Al-Kahf.Bagi kaum Adam.. jangan nak buat-buat sakit teruk .ponteng dari solat Jumaat ye.. Ta macho langsung tak solat Jumaat.. T__T.

Nah..ssebelum terlupa kan.. Ciknor nak kongsi la artwork yang Ciknor buat sementara nak siapkan kerja yang tebengakalai akibat taufan "M" yang mendatang membadai perkarangan rumah  eh!..hehee

Buat pencinta kucing yang comel
Ya... 'I Love Cats and I love Jumaah day too' ♥ ♥ ♥


Membesar  gambar dengan klik itu gamabr ^_^

Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 9:17 AM 1 comments
Labels: Allaah, Cute, Friday, Hakcipta, Ilustrasion, Jumaat, kucing, Nor Abdullah, Solat Jumaat

Wednesday, April 10, 2013

0
Orang yang baik lagi comel

Dengan Nama Allaah Aku Hidup dan Mati


Bismillah hirrahmaan nirraheem
Selamat Malam semua
^_^)

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Selamat Malam.
Jeddah.
1.35 pagi

Ni cover  Fb Ciknor- Personal bukan PAGE ^_^

Ini cover FB PAGE Ciknor ^_^ lama tak bertuko hehe

Temphan CikPuan Nur Syakirah Azmi ^_^
Sekian la Ciknor kongsikan artwork kali ni :) Nak tidor. Subuh nanti kita bangun ya :)InsyaAllaah. Maaf salah silap Ciknor ya. Assalamua'alaykum
Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 1:37 AM 0 comments
Labels: Allaah, Doa tidur, Doodle, Hakcipta, Ilustrasion, Nor Abdullah

Monday, March 25, 2013

3
Orang yang baik lagi comel

Ciknor DOODLES on MUG !!

Antara Design yang telah siap.Klik untuk lebih jelas.
Bismillah hirrahmaan nirraheem
Syukur Alhamdulillah..
Dapat juga siapkan kerja yang terbengkalai di lappy ni hehe

Dapat juga curi masa nak menaip di sini.
Alhamdulillah. atas nikmat kesihatan dan semua nikmat yang Allaah beri pada Ciknor dan semua
pengunjung belog Ciknor.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Kali ni entry Ciknor terang jelas heheh
Ciknor baru siapkan 2 design untuk Doodles on Mug
Sudah di hantar pada printing servis.InsyaAllaah akan di maklum jika sudah siap. boleh melihat contoh yang ada. Kot ada yang berminat kan..
Seperti biasa .Sebahagian hasil jualan dan tempahan ni Ciknor akan salurkan pada yang memerlukan.Tak kiralah Gaza, Syria,Rohingya,orang susah atau sesiapa yang memerlukan bantuan :)

Kita tak pelru tunggu KAYA untuk membantu.. Bantu setara yang mampu.Dengan kudrat yang ada. Cara bagaimana itu kalian boleh pilih :)

Okeylah Ciknor tak mau la ceramah  panjang lebar..:D kang ada yang bunyi..hehe
Nah  Ciknor kongsikan  Artwork Ciknor .. Ciknor suka buat doodles kanak-kanak dan tak lupa doodles islamik MUSLIMAH. Coming Soon Ciknor buat untuk KAUM Adam pula yeh

Adik comel dan cute jika soleh dan solehah. Gitu la kan.. hehehe

Muslimah itu menutup aurat


Pada yang berminat nak tempah. Inbox Ciknor di Fb atau boleh ka kabo kan ke sini :)
Ini link FB ciknor .kot sapa-sapa tak tahu lagi.. Nak tahu detail lebih lanjut  terjah sini ye comel-comel sekalian  ALBUM FB PAGE DOODLE
Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 2:39 PM 3 comments
Labels: Doodle, Doodles on Mug, Hakcipta, Ilustrasion, Mug, Nor Abdullah

Wednesday, February 27, 2013

11
Orang yang baik lagi comel

FREE-DOODLES ISLAMIC

Bismillah hirrahmaan nirraheem Apa khabar semua pengunjung belog Ciknor. ^^,) Sihat ke? Dah makan?Sini sudah jam 7.39 mlm. Ciknor malam ni ke rumah mertua, makan malam di sana. Kata suami Ciknor ,Mama masak special. Kambing.. Yum yum..

Baiklah. Taip entry laju-laju sebelum encik suami sampai. hehe. Ciknor nak kasi Free Doodles pada semua yang comel-comel di luar sana.. Tak comel pun boleh .kikii Okey..

Since Ciknor seorang niqabi.. Ciknor buat doodles muslimah with niqab. Ciknor juga berkaca mata.. kadang-kadang wear contact lense . So Ciknor buat dalam dua version :) Begitu juga Ciknor ada buat Doodles lelaki Muslim :) Suka ambil la :) dan seperti biasa jangan gunakan /crop/ untuk tujuan jualan dan juga gunakan untuk buat freebies/ freedoodles pada orang lain ^^.) Abaikan Bahasa yang tunggang langgang itu ^^,)
Selamat mendownload ^^,) Ciknor harap semua yang menggunakan free doodles /Freebies ni boleh link kan belog Ciknor or FB PAGE cik Nor :-Ciknor Ilustration & Doodles

Click serentak CTRL dan moue pada gamabr untuk mendapatkan free doodles ini :)







Terima kasih semua.
Syukran atas semua pelanggan dan semua rakan belogger :)
Moga Allaah berkati semua amalan kita :)
Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 7:53 PM 11 comments
Labels: Doodle, Freebies, Freedolly, Hakcipta, Ilustrasion, My Artwork, Nor Abdullah

Saturday, February 23, 2013

13
Orang yang baik lagi comel

FREEDOLLY-CUTE LOLLYPOP

Bismillah hirrahmaan nirraheem
Ini adalah buat julung kali nya Ciknor buat FreeDolly/Freebies. Ciknor harap tidak terlewat untuk Ciknor buat freebies/freedolly ni. Ciknor tak ada idea nak buat freebies /freedolly apa..

So end up with lollypop ^-^ Ciknor teringat sedapnya ,manisnya Lollypop besar bewarna warni tu.. Ciknor pernah belikan untuk anak sedara Ciknor di Malaysia

So.. terimalah.. FREEDOLLY LOLLYPOP MUSLIMAH ^^,) Manis menutup aurat. Bertudung gitu kan :) Ada 7 jenis warna yang berlainan kesemuanya..^^,)  Anda yang comel-comel yang nak pakai /ambil/buat tambahan aksesori di blog/ Fb / mana-mana . Tafaddol.. silakan.. Cuma anda yang comel-comel ini..JANGAN /DON'T buat dan ambil ini then claimed as yours  freebies/freedolly  sudah or ..Okey comel-comel sekalian ^^,) Bagus..

Okey.. nanti kalau Ciknor ada masa.. Ciknor buat lagi ya
Cara nak save pic ni. TEKAN  CTRL  dan CLICK pada gambar serentak ;)
Then kalau tak dapat juga.. Sila ke FB PAGE CIKNOR ..Ciknor Ilustration & Doodles












Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 4:42 AM 13 comments
Labels: Doodle, Freebies, Freedolly, Hakcipta, My Artwork, Nor Abdullah

Tuesday, January 29, 2013

7
Orang yang baik lagi comel

JATUH CINTA DENGAN.......

Bismillahirrahmaa nirrahem
Kalian pernah membaca Surah Al- Waqi'ah bukan.. CikNor pasti kalian yang masuk laman blog Ciknor ni semua baik-baik dan suka membaca Al- Quran.Alhamdulillah. Rasulullah SAW amat berbangga jika Baginda mendapati umatnya hampir dengan Al-Quran. ALLAAH SWT juga pasti tidak pernah melupakan hambaNYA yang dekat dan mencintai AL-QURAN..

Membaca Al- Quran. MeMAHAMI serta mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Para sahaabah Nabi teidak akan berganjak membaca ayaat Al-Quran yang lain selagi mana apa yang di terangkan dalam Al- Quran tersebut tidak di laksanakan di amalkan

SUBHANAALLAH.MASYAALLAH..TABARAKALLAH..


SILA KLIK UNTUK TUMBESARAN
Baiklah..Sejujurnya.. Surah ini setiap kali di dengar.. Airmata ciknor pasti mengalir.Takut dan gerun akan kepastian akan HARI KIAMAT..

Allaahurabbi.. Permulaan ayaat sahaja sudah bisa buat jantung terhenti.. Nanti kalian lihat di bawah ada bacaan Surah Al-Waqi'ah dari Sheikh Mishary Al-Afasy.Ciknor minat bacaan dari beliau.. Mohon kalian yang membaca. Lihat dan hayati maknanya sekali.. :(
Ya.. Surah ini adalah antara surah kegemaran CikNor dan Encik Suami. 
Surah Al- Waqi'ah adalah surah yang ke 56 dalam Al-Quran , Merupakan juzuk yang ke 27 mengandungi 96 ayat.Ia berkisah mengenai AKIDAH dan IMAN .Di Namakan Al-Waqi'ah adalah kerana pada lafal AL-WAQI'AH pada ayat pertama surah ini yang bererti HARI KIAMAT..

Selain itu juga dalam surah ini menerangkan tentang balasan yang di terima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.Di ceritakan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan ,api sebagai bukti kekuasan ALLAH SWT. dan adanya hari berbangkit iaitu hari PEMBALASAN..

Bukak YOUTUBE INI.dan dengarkan dengan hati yang memahami maknanya..Moga kalian juga akan jatuh cinta dengan Al- Quran.. Ameen Ameen Ya Rabb.

Bolehkah kalian kongsikan juga surah kegemaran kalian ?
Sila kongsian di bahagian komen  di bawah.
Barakallahufeekum.
Ilal Liqaaq .
Ma'asalamah.




Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 4:53 PM 7 comments
Labels: Al-Waqi'ah, Allaah, Nor Abdullah, Surah

Friday, January 18, 2013

4
Orang yang baik lagi comel

CANNOT MEH??


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.. Berjaya updated FB PAGE. Sudah transferkan all artwork ke pager tersebut..MasyaALLAH.
All goes well .Alhamdulillah.

BUT, nak kongsikan satu sahaja.:)
Saya ada letak ALBUM named HEADER & BLOG .Okey Actually , nawaitu nak share my artwork pada readers and liker or anyone outside there .But, please do respect others
Please don't use this header as yours. I did this personally for my beloved customer.They paid me for the originality. ♥ Thank you readers! ♥
Saya faham kalian mungkin nak macam tu.. Tapi mereka semua buat tu berbayar sebab doodle header tu hak personal.Tak sedap pula saya lihat hak milik orang tu ada orang lain pakai.. :)Saya rasa bersalah. So better saya jelaskan awal-awal. No heart feeling ya readers :
Hak orang lain pun kita rasa susah hati kalau tak jaga.. So HAK ALLAH lagilah besar dan kita patut lebih berjaga-jaga. Kan.. Kalian memang baik hati.. ^^,) Moga ALLAH merahmati kalian dan semoga kata semua tergolong dalam hambaNYA yang baik dan beramal soleh :)




wassalam,
Illal liqaaq

Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 4:20 AM 4 comments
Labels: Doodle, Hakcipta, My Artwork, Nor Abdullah, Thank You

Monday, January 14, 2013

0
Orang yang baik lagi comel

2+2=5

Bismillahirrahmaa nirraheem




Bismillahirrahmaa nirraheem

Assalamualaikum wbt

Ye..
Kawan-kawan. ni nak share pada korang.. satu  kisah yang ada makna tersirat.Maksudnya mendalam la ^^,)

Kalian cuba tengok bidio
video ni .Bahasanya dalam Iran ada terjemahan bahasa omputih kan.. Kot pandai dengar bahasa Iran.. haa takpa juga kikiki

Korang komen apa yang korang faham dalam bidio 
Ha yang cikgu-cikgu jangan mengajar macam ni.. Salah je TEMBAK.. Ikutilah teknik NABI . Haa nak tahu teknik tu kena tanya Puan Ainon Mohd.  Ada Famous dalam FB ^^,)



Bravo'alaik la pada orang yang buat vidoe gempak ni
Ma'asalamah. Ilal Liqaaq


Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 10:44 PM 0 comments
Labels: 2+2=5, Nor Abdullah
2
Orang yang baik lagi comel

Tak Boleh Sentuh!



Bismillahirrahmaa nirraheem

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ni nekad nak update blog juga. *sambil genggam buku 5*

Saya nak cerita bab hukum saya bukan la arif dan fakeh dalam bidang ini tapi sefaham ilmu yang sayang belajar dan juga dari pembacaan.. Mana BOLEH LELAKI BUKAN MAHRAM SENTUH APATAH LAGI SALAM WANITA BUKAN MAHRAM dia..Kalian tahu kenapa?

Dalil Pertama

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Dalil Kedua

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang bukan mahram baginya walaupun dalam perlaksanaan proses bai’at. Secara umumnya tuntutan proses ini berlaku dengan cara bersalaman, iaitu apabila dilakukan di antara Nabi dengan para sahabat lelaki yang lain.

Umaimah Binti Ruqaiqah menyatakan,yang bermaksud

“Aku pernah pergi menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama beberapa orang wanita untuk melakukan bai’at (perjanjian taat setia) kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”

Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami bertanya, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Sahih: Hadis Riwayat Ahmad)





 Point to ponder:- Dari Imam Nawawi
“Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu diharamkan (terdapat perintah menundukkan pandangan , sudah tentu menyentuh kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini adalah kerana menyentuh lebih mudah membangkitkan syahwat.” (Imam an-Nawawi, Raudhatut Thalibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27)


So da jelas disini ,siapa pun depan kita hatta Sultan segala Sultan pun , ingin berjabat tangan, salam tangan.. cakap je HARAAM . :) Bukan saya yang cakap.. Rasulullah SAW yang cakap  hehehe.

Ha sebelum kita masuk tidur sebab jam da masuk 2 am. Kita share satu ceramah UIA opsss UAI ye. selalu salah taip hisshh hehehe :D

Dengar la ye.. Sure lepas ni kalian tak mau salam tangan da dengan yang bukan mahram  ^_^. Salam tangan mak ayah.. lebih baik hehehe






Oh ye Muhrim  itu bukan mahram tau.. Muhrim tu -Orang yang dalam ihram.(iklan kejap ) heheh
Okeylah.. Dah lewat da ni.. InsyaALLAH jumpa next entri okey :)
InsyaALLAH,




Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 2:05 AM 2 comments
Labels: Haram salam tangan wanita bukan mahram, My Artwork, Nor Abdullah

Wednesday, January 9, 2013

0
Orang yang baik lagi comel

WARNING. FULL OF EMOTIONAL STATUS ^^,)


Bismillahirrahmaa nirraheem

Assalamualaikum wbt
*WARNING !* emotional status alert !!
I just wanted to say an ENORMOUS, GIGANTIC and COLOSSAL ‘THANK YOU’ to every single person who has liked/loved/commented on/ commissioned my work.. The end of November 2011 until 2013 ,these years has been an unbelievable and I am so lucky that I get to do what I love doing everyday and your support means so much to me ..
So , genuinely , and from the bottom of my heart ,
THANK YOU, SYUKRAN,MERCI, XIE XIE, TOCHE, GRAZIE, GRASIAS,MAHALO,KAMSAHAMNIDA ♥
so very much.:-





Don't Shy Shy Cat..Sudah Baca Moh Le Comment ^_^

Posted by Nor Abdullah at 6:32 PM 0 comments
Labels: Doodle, My Artwork, Nor Abdullah, Thank You
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Blog Design by Nor Abdullah