Bismillahirrahmaa nirraheem
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ni nekad nak update blog juga. *sambil genggam buku
5*
Saya nak cerita bab hukum saya bukan la arif dan fakeh dalam bidang ini tapi sefaham ilmu yang sayang belajar dan juga dari pembacaan.. Mana BOLEH LELAKI BUKAN MAHRAM SENTUH APATAH LAGI SALAM WANITA BUKAN MAHRAM dia..Kalian tahu kenapa?
Saya nak cerita bab hukum saya bukan la arif dan fakeh dalam bidang ini tapi sefaham ilmu yang sayang belajar dan juga dari pembacaan.. Mana BOLEH LELAKI BUKAN MAHRAM SENTUH APATAH LAGI SALAM WANITA BUKAN MAHRAM dia..Kalian tahu kenapa?
Dalil Pertama
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له
“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk
dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh
wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani.
Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)
Dalil Kedua
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman
dengan wanita yang bukan mahram baginya walaupun dalam perlaksanaan proses
bai’at. Secara umumnya tuntutan proses ini berlaku dengan cara bersalaman,
iaitu apabila dilakukan di antara Nabi dengan para sahabat lelaki yang lain.
Umaimah Binti Ruqaiqah menyatakan,yang bermaksud
“Aku pernah pergi menemui Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam bersama beberapa orang wanita untuk melakukan bai’at
(perjanjian taat setia) kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan
apa yang terdapat dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah
dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang
kamu mampu dan sanggupi.”
Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih
menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami bertanya, “Wahai
Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”
Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak
bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk
seratus orang wanita.” (Sahih: Hadis Riwayat Ahmad)
“Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu
diharamkan (terdapat perintah menundukkan pandangan , sudah tentu menyentuh
kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini adalah kerana menyentuh lebih mudah
membangkitkan syahwat.” (Imam an-Nawawi, Raudhatut Thalibin wa ‘Umdatul
Muftiin, 7/27)
So da jelas disini ,siapa pun depan kita hatta Sultan segala
Sultan pun , ingin berjabat tangan, salam tangan.. cakap je HARAAM .
:) Bukan saya yang cakap.. Rasulullah SAW yang cakap hehehe.
Ha sebelum kita masuk tidur sebab jam da masuk 2 am. Kita share satu ceramah UIA opsss UAI ye. selalu salah taip hisshh hehehe :D
Dengar la ye.. Sure lepas ni kalian tak mau salam tangan da dengan yang bukan mahram ^_^. Salam tangan mak ayah.. lebih baik hehehe
Ha sebelum kita masuk tidur sebab jam da masuk 2 am. Kita share satu ceramah UIA opsss UAI ye. selalu salah taip hisshh hehehe :D
Dengar la ye.. Sure lepas ni kalian tak mau salam tangan da dengan yang bukan mahram ^_^. Salam tangan mak ayah.. lebih baik hehehe
Oh ye Muhrim itu bukan mahram tau.. Muhrim tu -Orang
yang dalam ihram.(iklan kejap ) heheh
Okeylah.. Dah lewat da ni.. InsyaALLAH jumpa next entri okey :)
InsyaALLAH,
InsyaALLAH,
2 comments:
skang ni memang trend pak menteri mak datin bersalam-salaman mengeratkan ukhuwah (kekononnya)
lagi2 salam dengan artis... player bola sepak lain jantina.
benda baik dengan cara salah, tempat salah, situasi salah bukan takat tak dpt pahala, bleh dpt dosa.
ilmu itu ubat kejahilan :)
kak nor..camane boleh jd UIA? hehe...takde lah...
tq for sharing...=D
Post a Comment