Bismillah hirrahmaan nirraheem
Alhamdulillah .Syukur sangat-sangat apa yang Ciknor rancang sikit sikit berjaya Ciknor buat ^_^
Ciknor pun nak buat latihan sikit..Esok ada kelas ^_^. Ciknor pun masih pelajar okey # lap peluh# huhuh
Bila klik jadi BESAR ^_^ Tak caya cuba la hehe |
Baik semua.. #Tadah tangan# baca basmallah ye ^_^
اَ للَّهُمَّ اِنِّى أَسأَ لُكَ عِلْماً نَافِعاً وَرِزْقاً طَيِّباً وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Alloohumma inni as-'aluka 'ilman naafia'an,wa rizqon thoyyiban wa 'amalan mutaqobbalan.
Haa.. da baca mesti kena tahu makna.. baru la rasa best dan lebih yakin gitu kan hehe
Makna nya :-
Ya Allaah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amal yang diterima.
(HR Ibnu Majah)
SEBAIK BAIK ILMU adalah ILMU yang BerMANFAAT.
Ilmu akhirat dan ilmu agama adalah sebaik baik ilmu..
Ilmu melukis ada.. tapi tak pakai untuk tujuan dakwah.. untuk tujuan bermanfaat itu namanya SIA SIA.
Malah boleh menjadi TIKET DOSA. Ingat.. semua wahai pembaca yang comel semua..
Hidup kita biar BERSYAR'IAT.. Kita bukan seperti kuffar bebas hidup .Begitu juga dalam melukis.. kita ada batas-batas kena jaga. ^___^
Matilah pasni kena fire, kena ban la Ciknor ni .
Ilmu yang bermanfaat seharusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dan ilmu yang bermanfaat itu juga seharusnya dapat memperbaiki akhlak kita.
Oleh itu, kita sepatutnya menggunakan ilmu yang kita pelajari dalam membentuk kita menjadi seorang Muslim yang sejati.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Ilmu itu ada dua jenis, ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat, dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam". (Riwayat Ibnu Syaibah dan Al Khatib)
Ciknor perlu cakap sebab ia tanggungjawab Ciknor ya :)
Akhirat Allaah soal Ciknor sebab tahu tapi buat
Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperbetulkan niat kita dalam perjuangan menuntut ilmu agar ilmu yang ditimba bermanfaat untuk diri kita dalam mencari redha Ilahi
Kita pandai pun atas IZIN ALLAAH
Moga ALLAAH membuka hati hati kalian juga Ciknor untuk TSABAT ( teguh) dalam
membawa kebenaran. :)
Ciknor,
Jeddah,
14/4/2013
9.05 Malam
2 comments:
bolehlah saya guna doa ini semasa belajar nanti..^^
alhamdulillah.. apabila kita bersungguh-sungguh buat sesuatu perkara dan ikhlas kerana allah, insyaallah allah pasti tolong kita dan insyaallah kita akan berjaya :)
Post a Comment